Isnin, 7 November 2011

RINDU AYAH IBU

Dalam merintih pada allah

Aku meminta ayah ibu dlm kuburan aman menunggu kiamat

Walau pun anak cucu bercelaru mengurus nafsu

Tak dapat di kawal mendung menyengat

Air mata ku sembahkan pada dia yg berkuasa

Doa ku tambah panjang dari biasa

Bila teringat tua melambai akhirat

Dunia sekeliling semua nye menjadi jerat

Sukar bebas dari dosa binasa

Usaha hanya hati kecil di dengar oleh yang maha kaya

Simpati dia saja yg aku pinta

Jadi pengaman gemuroh jantung perasaanna

Rabu, 26 Oktober 2011

HUJAN PETANG

Hendak dgr ceramah di you tube juga gagal kerana bunyi hujan lagi kuat dari bunyi lap top aku. Hen dak membaca blog kekawan juga kepala mulai berat. Buka word dan menaip di sana juga terganggu oleh sedikit sakit kepala tadi.

Aku jadi tidak ketentuan.

Pening tambah kuat.

Dunia hanya baik utk mu ya Allah.

Aku melihat diri org lain

Diri sendiri jadi kaku dan kurang bernilai bahawa org lain punya kelebihan kerana usaha nye. Aku hanya berangan2 ingin berjaya tapi tidak berusaha.

Lemah terasa diri ni. Kerana dia menyejek diri sendiri. Hidup penuh dgn angan2 kosong yg menghiasi diri ku sendiri. Cuba bergajak dari kebodohan itu. Tapi tiada panduan yg nyata. Minta dgn tuhan. Dan menadah tangan tapi tidak berusaha menggerak kan tangan dan seluroh anggota yg di pinjam kan oleh tuhan utk mencari keagungan nye.

Lemah lagi, terasa bersalah dgn tuhan. Tapi tak ada daya yg kukoh utk meninggal kan salah yg bodoh ini. Ramadhan mulia banyak menyelongkar diri dan cuba mencari dari usaha2 para nabia dan wali allah.

Tahu di mana cara mereka. Gagal kerana memberi ruang pada nafsu. Masih mengerti akan nya. Cuma mencari cara berdalih utk tidak melakukan nya. Ini yg rasa berdosa terhadap tuhan.

Kekuatan dan syarat semua telah di miliki. Mempunyai status yg lengkap sebagai manusia yg lain. Corak gerak laku hanya yg mengasing kan diri dari menjadi cerdik tapi kekal bodoh dan tidak berusaha.

Banyak membuang masa lupa pada cerita agung wal asri. Tapi selalu menjadi perempoh solat kerana dia pendek dan mudah menjelma dlm otak ini. Cerita nye amat mengerti dari para ulama. Selalu ingin melakukan atas perintah nye tapi selalu juga mencari alasan mempermudahkan urusan kpd nye yg agung.

Maafkan kan tuhan. Aku yakin kamu menjadi kan aku. Aku yakin kamu yg menggerak kan seluroh yg aku pandang. Aku percaya pada ajaran pesuroh mu yg mulia. Begitu agung ilmu yg kamu sadur kan melalui jibril kepada seluroh umat manusia yg kamu cipta utk menentang syaitan. Kenapa manusia ingin bershohabat dgn syaitan. Dan terkadang aku juga terikut2 cara musoh manusia itu. Maafkankan aku tuhan.

Aku mencari keredhaan mu di sepuloh malam terakhir ramadhan ini. Walaupun dgn cara aku ini. Ko tetap dii hatiku mendampingi mu yg Rabbi..

Aku memohon maaf lagi pada mu. Mungkin cara ku agak lain dgn cara Muhammad. Tapi aku mengikut jalan yg di bawa nya. Tujuan utama aku ingin turut serta bersama2 umat ikutan Muhammad. Kerana kebodohan aku dan tanpa ilmu tapi niat ku hanya kerana mu ya rabbi.

Salam sejahtera

Salam sejahtera

Aku menanti dalam dunia ku sendiri. Walau pun manusia lain tidak tahu aper-aper pun.... salam sejahtera dalam dunia sekarang. Siapa dia itu yg menipu aku dgn dunia nafsu nye?.

Aku telah tunduk hurmat pada tuhan yg aku yakini menjadi kan aku dgn sifat yg amat lemah. Selalu sahaja tertipu dari helah jahat sang syaitan. Aku carilagi agar ilmu ku bertambah dan dapat menangkis hasutan syaitan. Ini perintah mu allah azawajalla. Aku sayang kan dia kerana dia menabur sifat rahman dan rahim pada insan yg di cipta kan. Dia memberi aku bermacam2 nikmat yg tidak aku perasan kerana kebodohan. Dan tidak ingin mengambil tahu akan ada nye dgn heavy creatif utk manusia.

Ada manusia yg tahu tetapi sombong nye melupa kan tuhan yg dia tahu maha pencipta. Dia lah yg boleh berbuat aper pun melepas kan nafsu megah dan ego nye. Aku merunduh kalah merendah diri tidak dapat membetul kan perasaan nye. Kerana aku tidak mampu berdebat melalui aliran fikiran nya.

Khamis, 13 Oktober 2011

puisi a samad said

Irama rindu

Fashion

14 november 1954

Angin tidak memeluk pesan

Kekasih tidak menghulurkan tangan

Aku kering di-bakar rindu

Rindu bertahun tidak berlagu.

Malam tidak membawa bulan

Kekasih tidak menyembah sayang

Aku remuk luka bersarang-

Luka tercuka sepanjang zaman

Mengapa adam sayangkan hawa,

Lela majnun begitu juga?

Mengapa sayangku padamu adinda,

Tidak pernah di taburi bunga?

Mahu ku jadi debu hidrojen

Tidak mengenal kasih manusia?

Mahu kulihat kujadi syaitan

Lupa budi , cita dan cinta?

Bukan kah hidup kait-mengait

Membawa abadi amandan bahagia?

Mengapa tidak dinda terima

Hati kita berganding sama?

Lima benua jauh perjalanan

Tujuh langit tinggi harapan

Semua ini dekat padaku

Bila dinda rela bersatu.

Singapura

12 Oktober 1954

A samad Said

Sebuah Antologi Puisi

Selasa, 11 Oktober 2011

dingin pagi

aku rindu kedinginanini. hanya dapat di nikmati jika malam tadi hujan turun... terima kasih allah yg berkuasa.

Sabtu, 4 Jun 2011

KEHIJAUAN

persoalan nya kenapa lah manusia suka sangat utk menebang hutan demi pembangunan dan pengurusan manusia.

PERMERHATIAN HARI SABTU.

Aku melihat dan sentiasa terfikir akan kebesaran allah. Terlalu banyak allah menolong aku dalam kehidupan ini. Di waktu aku tidak punya aper2 dlm hidup ini. Allah memberi Aku berbagai nikmat yg aku perasan dan juga yg terlambat aku perasan.





Aku berusaha di setiap masa utk berterimakasih dan bersyukur kepada nye. di masa yg sama kelalaian dan kealpaan di cuit oleh syaitan dari dalam diri ku. Aku berusaha keras utk membenteras niat syaitan supaya terlepas ingatan ku pada Allah yg maha pemurah.





Berbagai tektik dan teknik syaitan utk memesong kan fikiran aku. aku masih menekan kekuatan utk khusyuk dlm pembacaan al fatiihah ayat 4.Disini kehebatan berjuang menentang syaitan yg telah lama bertapak dalam diri si jahil.





Hari ini fikiran ku masih kuat utk meminta tolong kepada Y Rabb. Malam tadi penceramah di masjid membenarkan soal2 kecil seperti seliper putus pun mintalah kepada allah. Meminta dan berdoa kepada allah dapat pahala percuma walau maksud nye tercapai atau tidak kerana kesilapan kita sebagai khalifah yg allah tugas kan kepada kita sebagai manusia.





Hebat nye kebesaran allah atas zat yg tiada bandingan.

Sabtu, 2 April 2011











Musuh tanam aku ada lah monyet. Boleh ke aku melastik dgn batu.

Ahad, 20 Februari 2011

nyanyi pagi ahad





Murai menyanyi riang. Kelicap membuat gantungan di hujong pucuk sawit. Maina masih cemburu keras dgn ganas nye. Semua nye menghibur kan aku. Tapi sayup di hujung pucuk durian gagak menjerit sedu. Bagai dia Nampak malaikat maut hendak mencabut nyawa manusia.



Dalam donggeng terselit kebetulan. Banyak pula kebetulan nye yg terfikir di benak otakku, bila melihat banyaknya kubur yg tanahnya belum sebati kesan korekan menimbus manusia. Hampir setiap minggu nyanyian gagak mengganggu kesunyian kami.



Sesekali pelatuk membuat pemeriksaan pokok durian dgn paruhnye. Tetapi raja udang masih ada termenung dlm suasana itu yg jauh dari sungai menunggu udang.



Aku rindu pada suara merbah dan merbau bila pisang masak yg lupa utk tebang oleh ayah ku. Aku tidak dapat menaman pisang kerana monyet dan kera menjadi hobi nye utk membinasa kan tanaman itu.



Ahad, 23 Januari 2011

Tazkirah Pagi Ahad.

"bila buka netbook, aku begitu jelojoh, ini nak di baca, itu nak di baca dan akhir nye tiada sesuatu yg usai dlm mengendalikan ilmu dan dunia cyber ini."



Aku menulis catitan ringkas ini dlm facebook. keluhan diri tentang hala tuju sebenar dan cara menuntut ilmu. Sebagai manusia aku mempunyai sifat yg terburu-buru. Sepatut nye aku perlu mengawal akan keinginan yg sebegini.

Ada masa nye aku begitu tenang mencari data2 yg di perlukan dlm internet. Ada kala nye macam2 yg hendak di perlakukan utk ilmu diri sendiri. Akhir nya lagu-lagu hiburan di Youtube yang banyak menghabis kan masa aku bersama dgn dunia cyber ini.

Blog2 merepek ini juga menjadi kan aku lalai dan lupa akan dasar-dasar ilmu dalam internet.
keseronokkan membaca boleh menimbul kan asyik dan leka. Apa yg di kehendaki dan bahan yg boleh mempengaruhi kita utk ambil tahu dgnlebih lanjut telah bertukar kepada hal2 yg remeh temeh itu.

Berusaha utk menambah ilmu dan kecergasan utk bertindak cepat yg mana perlu dan yg mana tidak perlu semestinya di tanam di dalam jiwa dan sanubari supaya tidak teransang kepada bahan bacaan yg boleh membuatkan aku terlupa kan pada dasar kehendak akal fikiran sendiri.

Begini lah kehidupan dalam mencari ilmu, jalan-jalan syaitan terlalu hampir dan memerangkap dgn kehendak nye. Semoga aku dapat berlindungan dgn Allah dari asutan syaitan yg di rejam.

Sabtu, 15 Januari 2011

RUMAH KAMI.


Ini ada lah pelan menuju kerumah saya. Sesiapa yg ingin mencari saya silalah berkunjung ke rumah saya di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.

Jumaat, 14 Januari 2011

Deman.

Seminggu ni aku merasa tidak sehat seperti hari biasa yg aku lalui. Gusi dan tekak aku bengkak. Aku menjadi kurang selesa. Seluroh badan menjadi lemah bagai kan tak maya. Aku banyak berehat di rumah sahaja. Masa aku terlanjur dan tersisa dgn berbaring dan akhirnya tidur.

Walau pun dalam keadaan lemah tetapi masih juga bersyukur kerana mencari ruang dan menggagahi juga utk berkerja dan menajak di kebun tempat aku menghabis kan masa merancang berbagai-bagai idea utk bercucuk tanam.

Lumrah manusia ada kala nye sehat dan sakit.

Dalam keadaan kurang sehat fikir ini telah mula memikirkan tentang kematian dan amalan hidup utk kekal di akhiran yg baik.

Takut mati tetap ada. Alasan takut tu yg tidak munasabah kerana kecintaan dunia yg di tinggal kan. Aku jadi malu pada diri ku sendiri dan cepat-cepat meminta pada tuhan supaya membetulkan pegangan akidah diriku ini supaya tidak mencintai dunia. dan redha akan kematian.

Kematian pasti datang .

Tinggal lah kehidupan yg singkat ini.

Semoga aku dapat berubah membetulkan pegangan ku terhadap Agama Islam yg aku warisi ini.
Aku meminta pada Allah ssemoga memberi pedoman pada diri ku. Cara mana yg bakal aku lalui supaya mudah di akhirat nanti.

Ahad, 2 Januari 2011

KUCING DAN KASIH SAYANG

Semalam di akhir tahun 2010 petang yg penuh dgn kesayuan. Kesedihan lahir pada cucu sedara aku. Aku simpati dengan kesedihan nye. Dan terus memikir kan tentang kasih sayang.


Aku jadi sebak dan tidak dapat berkata panjang melihat perangai cucu-cucu aku itu. Walau pun aku terlalu ingin berbicarakan tentang kasih sayang itu pada nye. Masa itu pun waktu solat maghrib sudah terlalu hampir. Aku tidak mempunyai kesempatan.


Ia berdua beradik sedang mengadapkan seekor anak kucing dalam lingkungan umur dua bulan yang tidak boleh bergerak lagi. hanya nafas nye saje yang turun naik menyambung hidup anak kucing itu.

Kemungkinan anak kucing itu telah di patuk oleh ular yg berbisa kerana ada kesan patuk di leher kucing itu. Ia cuba juga berikhtiar dgn menyapu minyak gamat di kesan patukkan itu. Adalah kedua beradik itu berusaha utk menyelamatkan nyawa kucing itu.

Cuma yg dapat aku ajarkan baca kan Alfatihah utk diri sendiri sempana dgn tragedi kucing yg malang itu

(Semalam petang apabila aku menziarah mereka, Kucing nye telah mati dan ular yg mematuk nye juga dapat di tangkap oleh Jabatan Perkhinatan Awan caw. Morib (JPA3). Si anur masih dalam titisan air mata yg membasahi pipi nya.)

Aku baca kan lagi Al fatihah utk cucu sedara ku supaya dia bersemangat semula.


Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat tahun baru 2011'.

Seronok menempuhi berbagai -bagai cerita dan peristiwa yg di lalui. Maha ajaib kehidupan ini. Tak dapat hendak digambar kan kesemua nye. Walau pun mempunyai cita2 utk menulis setiap perkara yg telah terjadi supaya menjadi pengajaran di masa hadapan dan digunakan utk tauladan kepada org lain yg membaca nya. Inilah niat suci ku pada kehidupan ini.



Kesempatan itu terlalu sukar hendak digunakan dan ia terlepas begitu saja. Bagai kan tidak di indah kan masa yg berlalu. Sedang kan ia adalah lebih berharga utk menilai seloroh kehidupan ini.



Kehurmatan diri cuba di muliakan dan menjadi pedoman pada setiap langkah -langkah menuju kehidupan yg abadi di suatu masa nanti. Malangnya titik-titik hitam masih lagi menghantu akal seolah-olah taubat ku belum diterima oleh tuhan yg agung ini.



Aku penuh keyakinan bahawa tuhan yg aku muliakan dan dia lah yg menjadi kan aku akan mengampunkan dosa ku pada setiap jalan songsang yg aku lalui sepanjang kehidupan ini. Aku sedar dan percaya dia akan memberi petunjuk pada diri ku di masa-masa hadapan. Dengan penuh pengharapan.



Hidup ini bukan hanya di nilai pada mata benda sahaja. Masih banyak cabang-cabang lain yg perlu di perhatikan. Usaha utk mendapat kan kebendaan juga perlu di lihat juga. Keyakinan dan daya tumpuan yang ada didalam akal manusia yg dipinjam kan kan oleh tuhan juga perlu di ambil perhatian dalam kehidupan ini.



Gerak fizikal dan mental pada mengusaha kan sesuatu adalah perkara utama untuk di perhalusi supaya ia menjadi keredhaan allah dan rasul nya bagi orang-orang yg beriman kepada Allah.

Inilah usaha menuju jalan yang terbaik dalam kehidupan ini. Jalan yang pernah di lalui oleh para nabi dan alim ulama.



Ramai yg terlupa dan terleka oleh keindahan dunia. Begitu juga dgn penulis ini hanya melihat hidup pada hari ini dan semalam tetapi lupa hari esok diutk warisi oleh anak cucu dan zuriat yang bakal dengan kerosakan dan kemusnahan yg di reka oleh datuk nenek mereka.



Ada banyak suara-suara yg telah memberi pendapat tentang hal ini. Terutama tentang alam bumi dan udara yg bakal di sedut dan memberi sumber makanan oleh mereka yang amat memerlukan di hari-hari terkemudian nanti. Insyaallah.



Fikiran ku berlegar pada dunia yg di musnah kan oleh manusia-manusia yang tamak dan haloba utk meragut mata benda yg di puji nye sendiri. (Ini akan di cerita kan pada waktu yang lain).