Jumaat, 14 Januari 2011

Deman.

Seminggu ni aku merasa tidak sehat seperti hari biasa yg aku lalui. Gusi dan tekak aku bengkak. Aku menjadi kurang selesa. Seluroh badan menjadi lemah bagai kan tak maya. Aku banyak berehat di rumah sahaja. Masa aku terlanjur dan tersisa dgn berbaring dan akhirnya tidur.

Walau pun dalam keadaan lemah tetapi masih juga bersyukur kerana mencari ruang dan menggagahi juga utk berkerja dan menajak di kebun tempat aku menghabis kan masa merancang berbagai-bagai idea utk bercucuk tanam.

Lumrah manusia ada kala nye sehat dan sakit.

Dalam keadaan kurang sehat fikir ini telah mula memikirkan tentang kematian dan amalan hidup utk kekal di akhiran yg baik.

Takut mati tetap ada. Alasan takut tu yg tidak munasabah kerana kecintaan dunia yg di tinggal kan. Aku jadi malu pada diri ku sendiri dan cepat-cepat meminta pada tuhan supaya membetulkan pegangan akidah diriku ini supaya tidak mencintai dunia. dan redha akan kematian.

Kematian pasti datang .

Tinggal lah kehidupan yg singkat ini.

Semoga aku dapat berubah membetulkan pegangan ku terhadap Agama Islam yg aku warisi ini.
Aku meminta pada Allah ssemoga memberi pedoman pada diri ku. Cara mana yg bakal aku lalui supaya mudah di akhirat nanti.

Tiada ulasan: