Khamis, 13 Oktober 2011

puisi a samad said

Irama rindu

Fashion

14 november 1954

Angin tidak memeluk pesan

Kekasih tidak menghulurkan tangan

Aku kering di-bakar rindu

Rindu bertahun tidak berlagu.

Malam tidak membawa bulan

Kekasih tidak menyembah sayang

Aku remuk luka bersarang-

Luka tercuka sepanjang zaman

Mengapa adam sayangkan hawa,

Lela majnun begitu juga?

Mengapa sayangku padamu adinda,

Tidak pernah di taburi bunga?

Mahu ku jadi debu hidrojen

Tidak mengenal kasih manusia?

Mahu kulihat kujadi syaitan

Lupa budi , cita dan cinta?

Bukan kah hidup kait-mengait

Membawa abadi amandan bahagia?

Mengapa tidak dinda terima

Hati kita berganding sama?

Lima benua jauh perjalanan

Tujuh langit tinggi harapan

Semua ini dekat padaku

Bila dinda rela bersatu.

Singapura

12 Oktober 1954

A samad Said

Sebuah Antologi Puisi

Tiada ulasan: