Ahad, 23 Januari 2011

Tazkirah Pagi Ahad.

"bila buka netbook, aku begitu jelojoh, ini nak di baca, itu nak di baca dan akhir nye tiada sesuatu yg usai dlm mengendalikan ilmu dan dunia cyber ini."



Aku menulis catitan ringkas ini dlm facebook. keluhan diri tentang hala tuju sebenar dan cara menuntut ilmu. Sebagai manusia aku mempunyai sifat yg terburu-buru. Sepatut nye aku perlu mengawal akan keinginan yg sebegini.

Ada masa nye aku begitu tenang mencari data2 yg di perlukan dlm internet. Ada kala nye macam2 yg hendak di perlakukan utk ilmu diri sendiri. Akhir nya lagu-lagu hiburan di Youtube yang banyak menghabis kan masa aku bersama dgn dunia cyber ini.

Blog2 merepek ini juga menjadi kan aku lalai dan lupa akan dasar-dasar ilmu dalam internet.
keseronokkan membaca boleh menimbul kan asyik dan leka. Apa yg di kehendaki dan bahan yg boleh mempengaruhi kita utk ambil tahu dgnlebih lanjut telah bertukar kepada hal2 yg remeh temeh itu.

Berusaha utk menambah ilmu dan kecergasan utk bertindak cepat yg mana perlu dan yg mana tidak perlu semestinya di tanam di dalam jiwa dan sanubari supaya tidak teransang kepada bahan bacaan yg boleh membuatkan aku terlupa kan pada dasar kehendak akal fikiran sendiri.

Begini lah kehidupan dalam mencari ilmu, jalan-jalan syaitan terlalu hampir dan memerangkap dgn kehendak nye. Semoga aku dapat berlindungan dgn Allah dari asutan syaitan yg di rejam.

Sabtu, 15 Januari 2011

RUMAH KAMI.


Ini ada lah pelan menuju kerumah saya. Sesiapa yg ingin mencari saya silalah berkunjung ke rumah saya di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.

Jumaat, 14 Januari 2011

Deman.

Seminggu ni aku merasa tidak sehat seperti hari biasa yg aku lalui. Gusi dan tekak aku bengkak. Aku menjadi kurang selesa. Seluroh badan menjadi lemah bagai kan tak maya. Aku banyak berehat di rumah sahaja. Masa aku terlanjur dan tersisa dgn berbaring dan akhirnya tidur.

Walau pun dalam keadaan lemah tetapi masih juga bersyukur kerana mencari ruang dan menggagahi juga utk berkerja dan menajak di kebun tempat aku menghabis kan masa merancang berbagai-bagai idea utk bercucuk tanam.

Lumrah manusia ada kala nye sehat dan sakit.

Dalam keadaan kurang sehat fikir ini telah mula memikirkan tentang kematian dan amalan hidup utk kekal di akhiran yg baik.

Takut mati tetap ada. Alasan takut tu yg tidak munasabah kerana kecintaan dunia yg di tinggal kan. Aku jadi malu pada diri ku sendiri dan cepat-cepat meminta pada tuhan supaya membetulkan pegangan akidah diriku ini supaya tidak mencintai dunia. dan redha akan kematian.

Kematian pasti datang .

Tinggal lah kehidupan yg singkat ini.

Semoga aku dapat berubah membetulkan pegangan ku terhadap Agama Islam yg aku warisi ini.
Aku meminta pada Allah ssemoga memberi pedoman pada diri ku. Cara mana yg bakal aku lalui supaya mudah di akhirat nanti.

Ahad, 2 Januari 2011

KUCING DAN KASIH SAYANG

Semalam di akhir tahun 2010 petang yg penuh dgn kesayuan. Kesedihan lahir pada cucu sedara aku. Aku simpati dengan kesedihan nye. Dan terus memikir kan tentang kasih sayang.


Aku jadi sebak dan tidak dapat berkata panjang melihat perangai cucu-cucu aku itu. Walau pun aku terlalu ingin berbicarakan tentang kasih sayang itu pada nye. Masa itu pun waktu solat maghrib sudah terlalu hampir. Aku tidak mempunyai kesempatan.


Ia berdua beradik sedang mengadapkan seekor anak kucing dalam lingkungan umur dua bulan yang tidak boleh bergerak lagi. hanya nafas nye saje yang turun naik menyambung hidup anak kucing itu.

Kemungkinan anak kucing itu telah di patuk oleh ular yg berbisa kerana ada kesan patuk di leher kucing itu. Ia cuba juga berikhtiar dgn menyapu minyak gamat di kesan patukkan itu. Adalah kedua beradik itu berusaha utk menyelamatkan nyawa kucing itu.

Cuma yg dapat aku ajarkan baca kan Alfatihah utk diri sendiri sempana dgn tragedi kucing yg malang itu

(Semalam petang apabila aku menziarah mereka, Kucing nye telah mati dan ular yg mematuk nye juga dapat di tangkap oleh Jabatan Perkhinatan Awan caw. Morib (JPA3). Si anur masih dalam titisan air mata yg membasahi pipi nya.)

Aku baca kan lagi Al fatihah utk cucu sedara ku supaya dia bersemangat semula.


Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat tahun baru 2011'.

Seronok menempuhi berbagai -bagai cerita dan peristiwa yg di lalui. Maha ajaib kehidupan ini. Tak dapat hendak digambar kan kesemua nye. Walau pun mempunyai cita2 utk menulis setiap perkara yg telah terjadi supaya menjadi pengajaran di masa hadapan dan digunakan utk tauladan kepada org lain yg membaca nya. Inilah niat suci ku pada kehidupan ini.



Kesempatan itu terlalu sukar hendak digunakan dan ia terlepas begitu saja. Bagai kan tidak di indah kan masa yg berlalu. Sedang kan ia adalah lebih berharga utk menilai seloroh kehidupan ini.



Kehurmatan diri cuba di muliakan dan menjadi pedoman pada setiap langkah -langkah menuju kehidupan yg abadi di suatu masa nanti. Malangnya titik-titik hitam masih lagi menghantu akal seolah-olah taubat ku belum diterima oleh tuhan yg agung ini.



Aku penuh keyakinan bahawa tuhan yg aku muliakan dan dia lah yg menjadi kan aku akan mengampunkan dosa ku pada setiap jalan songsang yg aku lalui sepanjang kehidupan ini. Aku sedar dan percaya dia akan memberi petunjuk pada diri ku di masa-masa hadapan. Dengan penuh pengharapan.



Hidup ini bukan hanya di nilai pada mata benda sahaja. Masih banyak cabang-cabang lain yg perlu di perhatikan. Usaha utk mendapat kan kebendaan juga perlu di lihat juga. Keyakinan dan daya tumpuan yang ada didalam akal manusia yg dipinjam kan kan oleh tuhan juga perlu di ambil perhatian dalam kehidupan ini.



Gerak fizikal dan mental pada mengusaha kan sesuatu adalah perkara utama untuk di perhalusi supaya ia menjadi keredhaan allah dan rasul nya bagi orang-orang yg beriman kepada Allah.

Inilah usaha menuju jalan yang terbaik dalam kehidupan ini. Jalan yang pernah di lalui oleh para nabi dan alim ulama.



Ramai yg terlupa dan terleka oleh keindahan dunia. Begitu juga dgn penulis ini hanya melihat hidup pada hari ini dan semalam tetapi lupa hari esok diutk warisi oleh anak cucu dan zuriat yang bakal dengan kerosakan dan kemusnahan yg di reka oleh datuk nenek mereka.



Ada banyak suara-suara yg telah memberi pendapat tentang hal ini. Terutama tentang alam bumi dan udara yg bakal di sedut dan memberi sumber makanan oleh mereka yang amat memerlukan di hari-hari terkemudian nanti. Insyaallah.



Fikiran ku berlegar pada dunia yg di musnah kan oleh manusia-manusia yang tamak dan haloba utk meragut mata benda yg di puji nye sendiri. (Ini akan di cerita kan pada waktu yang lain).