Isnin, 3 Disember 2012

KAWAN


kita megah kita ramai kawan, kawan kita menyokong dan mengia kan ape yang kita buat.
dalam masa yang sama kawan kita membuat onak terhadap orang lain. kita masih mengatakan kawan kita baik.
kita tahu, tapi pura-pura tak nampak kerana kita berkepentingan terhadap kawan-kawan kita.


musuh kita yang kena onak dan duri, mereka berdoa kepada tuhan yang maha tahu. kita ejek dia. kita gunakan segala kekuatan kita mempengaruhi otak orang lain, kononnya kita lah yang terbaik di antara kita dan musuh kita.

allah maha agung. tiba-tiba saje tersedia ruang utk musuh kita menyatakan kebenaran. mungkin dia ada keikhlasan apabila membaca ayat ke lima ibu qur an di setiap rakaat dia sembahyang. makan allah tunjukkan jalan yang lurus.

kita masih juga menganggap dia musuh kita kerana kita suka melonggok-longgok kan harta allah sebagai harta kita lalu kita bermewah-mewah. sedangkan hak musuh  pun kita sapu. ini lah tanggapan kita dan kita gelarkan pembangunan sedang pembangunan akal kita masih kurang. maka lahir insan sukakan dadah. membunoh diri dijalan raya ini contoh kawan kita.

Tiada ulasan: