Sabtu, 15 Disember 2012

TAJ UL SALATIN

hujan turun, angin dan kilat. aku duduk di rumah membaca buku hikayat. entah mengapa aku mengambil buku hikayat lama ini. sedang kan di rumah aku ada banyak buku lain yang seronok untuk di baca. membaca hikayat lama ini amat sukar untuk di
fahami. sehinggakan tiga, empat kali di ulangi utk faham sesuatu ayat itu. sering kali juga aku tinggalkan tanpa aku fahami akan maksud yang di sampai kan oleh pengarang.
hakikat nye aku tidak membazir masa di kala hujan lebat ini. walau pun hati ini meronta-ronta mengajak pergi melepak.
aku masih juga mempersoalkan kenapa buku hikayat ini yang aku baca. mungkin ini gerak dari hati ku utk menyatakan kebenaran dan keadilan pada manusia sesama manusia. sekarang fikiran ku selalu sahaja memikirkan tentang ketidakadilan sesuatu golongan masyarakat Malaysia ini. sehinggakan yang menjadi mangsa adalah bangsa ku. aku sedih kerana orang yang berkuasa tidak menyedari hal ini. ia masih tamak membolot kuasa tanpa mahu mengakui hakikat sebenar. membiar manusia tanpa ilmu sehingga mati di atas jalan raya dan ketagihan dadah yang teruk.

Tiada ulasan: