Isnin, 24 Disember 2012

kenang-kenangan hidup

dingin malam menambah seronok membaca buku sejarah hidup seorang pengarang novel yang popular sebagai seorang pendakwah pada zaman nya. Dan aktiviti perjuangan nye menentang penjajah belanda serta aktif membentuk kerajaan indosesia merdeka.

Sabtu, 15 Disember 2012

TAJ UL SALATIN

hujan turun, angin dan kilat. aku duduk di rumah membaca buku hikayat. entah mengapa aku mengambil buku hikayat lama ini. sedang kan di rumah aku ada banyak buku lain yang seronok untuk di baca. membaca hikayat lama ini amat sukar untuk di
fahami. sehinggakan tiga, empat kali di ulangi utk faham sesuatu ayat itu. sering kali juga aku tinggalkan tanpa aku fahami akan maksud yang di sampai kan oleh pengarang.
hakikat nye aku tidak membazir masa di kala hujan lebat ini. walau pun hati ini meronta-ronta mengajak pergi melepak.
aku masih juga mempersoalkan kenapa buku hikayat ini yang aku baca. mungkin ini gerak dari hati ku utk menyatakan kebenaran dan keadilan pada manusia sesama manusia. sekarang fikiran ku selalu sahaja memikirkan tentang ketidakadilan sesuatu golongan masyarakat Malaysia ini. sehinggakan yang menjadi mangsa adalah bangsa ku. aku sedih kerana orang yang berkuasa tidak menyedari hal ini. ia masih tamak membolot kuasa tanpa mahu mengakui hakikat sebenar. membiar manusia tanpa ilmu sehingga mati di atas jalan raya dan ketagihan dadah yang teruk.

Isnin, 3 Disember 2012

KAWAN


kita megah kita ramai kawan, kawan kita menyokong dan mengia kan ape yang kita buat.
dalam masa yang sama kawan kita membuat onak terhadap orang lain. kita masih mengatakan kawan kita baik.
kita tahu, tapi pura-pura tak nampak kerana kita berkepentingan terhadap kawan-kawan kita.


musuh kita yang kena onak dan duri, mereka berdoa kepada tuhan yang maha tahu. kita ejek dia. kita gunakan segala kekuatan kita mempengaruhi otak orang lain, kononnya kita lah yang terbaik di antara kita dan musuh kita.

allah maha agung. tiba-tiba saje tersedia ruang utk musuh kita menyatakan kebenaran. mungkin dia ada keikhlasan apabila membaca ayat ke lima ibu qur an di setiap rakaat dia sembahyang. makan allah tunjukkan jalan yang lurus.

kita masih juga menganggap dia musuh kita kerana kita suka melonggok-longgok kan harta allah sebagai harta kita lalu kita bermewah-mewah. sedangkan hak musuh  pun kita sapu. ini lah tanggapan kita dan kita gelarkan pembangunan sedang pembangunan akal kita masih kurang. maka lahir insan sukakan dadah. membunoh diri dijalan raya ini contoh kawan kita.

Khamis, 13 September 2012

BACAAN DAN TULISAN

Ada ruang-ruang masa di tempat kerja memboleh kan aku menulis tetapi kebanyakkan nya aku abai kan sahaja kerana rasa tanggungjawab terhadap kerja. Rasa malu pada boss2 yg lalu di belakang.

Ruang masa itu aku tergunakan juga kerana sudah tidak boleh tahan dgn tuntutan diri yg sememang nye suka menulis. Walau pun tulisan aku tidak sehebat mana utk di baca oleh orang lain.

Aku masih suka menulis. Ini adalah idea dan ilham yang di anugerah kan oleh allah. Syukur aku pada dia. Minat menulis sememangnya sudah terpupuk di hati kecil ini, selagi ada ruang aku akan menulis.

Keinginan untuk menulis teransang apabila  membaca buku-buku menuju kearah perkara yang kita minati. Lebih-lebih lagi kita merasa puas ape yang kita baca dan menyimpan harapan untuk menulis juga.

Sekarang ini aku sedang membaca buku "DOKTOR UMUM". biografi Tun Dr Mahathir. Buku nye hebat. Bahasa yang bersahaja tidak terlalu sukar untuk di fahami. sejarah negara di kaitkan dengan kehidupan dan peranannya.

Ia terlalu bersemangat untuk menolong ekonomi orang-orang melayu membuatkan ia di benci oleh bangsa-bangsa lain di waktu kegagalan nye dalam pilihanraya 1969. Apabila sudah di puncak kerjayanye sebagai Perdana Menteri ia memainkan peranan membangunkan ekonomi Malaysia keselurohan nya. Rasa benci bangsa-bangsa lain terhapus kerana jasa nya mengatasi semua bangsa kerana memdapat faedah pada tindakkan nya membangun kan ekonomi Malaysia keselurohan nya.

.


Khamis, 6 September 2012

bencana tuhan

takdir tuhan

aku yang tidak mahu berfikir 
menyelesai kan masalah yg bakal di terima.


banyak ikan mati 
tidak dapat si selamat kan. kolam kesayangan ku. dan talapia yg sudah membesar.

Selasa, 4 September 2012

limau nipis

racun serangga harga RM 6 sebotol


limau nipis

limau nipis

kasturi

kasturi

kasturi

kasturi

kasturi

limau nipis

limau nipis

kasturi
telah di tanam pada Hari Ahad 2.9.2019. semalam 3.9.2012 membaja dgn tahi ayam sudah proses dan baja menyubur kan.

Isnin, 3 September 2012

Khamis, 30 Ogos 2012

Rabu, 8 Ogos 2012

semua orang ada salah

tapi jangan lah menghina akan kesalahan manusia. kita betul kan sesama. bukan mengaibkan orang yang salah itu.

ajar cara bersopan dan menilai harga diri manusia ini. insyaallah kita akan berjaya dalam niat yang ikhlas.

Khamis, 26 Julai 2012

TALAPIA

Ikan talapia sudah mula membesar.


Jumaat, 20 Julai 2012

TARAWIH

 Percubaan yg baik di lakukan dgn tenang. Maha Suci Allah yg memberkati Ramadhan. Penuh dgn pengajaran utk mengenal dunia yang telah di cipta nye. Supaya manusia berterima kasih dan tidak sombong akan ape yang di miliki nye diatas dunia ini.

 Aku merangkak mencari jalan mu yang lurus. Cubaan demi cubaan telah aku lalui. Aku takut dgn cubaan mu  yang lebih besar lagi. Maafkan kan aku kerana kebodohan dan kesilapan ku.

Khamis, 19 Julai 2012

RAMADHAN DAN AL QURAN

 Di semua rata Masjid dan alat2 komunikasi yg lain mengingatkan akan kedatangan Ramadhan yg mulia.  Berbagai tazkirah yg di beri kan berkenaan puasa, laillatul qakdaar dan al quran.

Isnin, 16 Julai 2012

PUTRA JAYA.

  Lepas ambil ubat kat pusat kesihatan Telok aku berjalan sekejap ke Putra Jaya. Sudah menjadi hampir di antara Telok Panglima Garang dgn Putra Jaya.

 Seronok jalan lebuh raya baru SKVE. Hanya 15 minit dari Telok ke Putra Jaya.

Khamis, 5 Julai 2012

NISYFU SYA'ABAN.

Aku mencari mu, utk mendekati Allah. tapi aku dilalai kan oleh keletihan dgn tidor. Pagi ni macam biasa sahaja yang berlaku. Sedang  kan aku terlepas satu waktu utk mendekati Allah yang maha mentadbir dan menyalur kan ilmu pada cara muhammad .

Dunia ini banyak kelalaian dan kealpahan. Berdalih atas kebodohan sendiri. Engkau yang maha pengampun dan pemaaf serta kekuasaan mu dilangit dan dibumi tolong aku insan yg kerdil ini. Tiada daya kekuatan melainkan kekuatan raja di hari akhirat.

Khamis, 28 Jun 2012

DODOL 2

Hari ahad malam isnin 240612  kawan dan anak2 sedara aku mengacau dododl lagi... aku seronok dgn muafakat kaum keluarga aku.



















Khamis, 21 Jun 2012

DODOL

 HARI SELASA malam rabu anak2 sedara aku memasak dodol. sedap dan boleh di puji