Khamis, 25 Mei 2017

MIMBAR HATI.

Sebenar nya aku tidak mahu menulis tentang hal ini. tetapi desakkan  hati dan perasaan aku tulis juga. Aku takut bermegah dgn ape yang aku buat tetapi ini boleh menjadi pengajaran pada diri ku sendiri di masa-masa hadapan sewaktu aku sudah lupa. Menjadi pengajaran pada orang yang mencari pengajaran.

Menilai hidup ini terlalu amat rumit dan penuh dengan berhati-hati kerana dalam hidup ini ada lapisan-lapisan yang di sokong oleh hati. Terutama hal niat kepada Allah tetapi telah di selewengkan oleh syaitan menjadi bermegah kepada manusia. Ini lah menjadi dasar pokok dalam hal penulisan diri sendiri takut menjadi riak dan sombong pada manusia.

Aku mengambil keputusan bahawa tetap menulis juga. Dan memohon kepada yang maha mencipta bahawa janganlah timbul kan niat kedua untuk manusia. Biarlah segala-galanya kerana Allah.

Dalam PENGEMBARAN UBERGRAP aku akan cuba singgah seberapa banyak masjid untuk aku bersembahyang dzohor dan asar kerana dua waktu ini termasuk dalam masa pengemabaraan ku. Oleh itu aku akan cuba melihat dan memasuki seberapa banyak masjid yang akan aku singgahi.


Masjid Telok Melegon.
Kelang.


Aku Asar disini pada 24/5/17. Dan aku tidak mahu ulas tentang ibadahh ini. sekarang menyimpan note sahaja.


Masjid Jalan Templer.
Petaling Jaya.


Dzohor di sini. Masjid di tengah bandar yang sibuk. Aku berjuang untuk  mencari rezeki dan mencari keredhaan Allah.

Kedamaian masjid dan aku beriktikaf di dalam nya dan aku bermohon kepada Allah ssupaya menjadi  kan hati aku damai dan tenang menempuhi masalah kehidupan ini.

Selasa, 23 Mei 2017

Anggota dan fizikal yang tidak stabil.

Kesihatan amat penting.

terus kan berusaha untuk menjaga kesihatan.


Semalam minum dengan kekawan.

Seorang kawan telah menasihatkan aku.
Kalau hendak sihat jangan minum ais.

hati ku berdetik.
Membetulkan nasihat nya.

akan aku cuba untuk berubah.
semua nya boleh berubah.
jangna taku gagal.

BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA,

Aku mencari ilmu tentang kehidupan yang betul.
Masih lagi tiada arah yang betul.
Tidak akan mundur akan aku usaha kan.
Walau pun mesti menukar cara hidup.

Satu satu akan aku atur.
Akan aku cuba untuk menyusunnya.

Akal masih tidak sampai.
Berusaha dan meminta kepada Allah agar di beri petunjuk.

Masih dalam proses mencari ilmu.


Aku sudah tua dan tiadak akan mundur dalam segalanya.































































































































































































































































































































































Sabtu, 13 Mei 2017

Dunia Pesara

Hari-hari yang berubah.
Aktiviti rasa dan suasana.

Tidak dapat hendak menilai yang mana seronok dan yang mana kaku.
Berbeza mengikut keadaan.
Tapi soalnya bahagia apa yang kita lalui.

Syukur tuhan menurun cerita sebegini pada diri ini.

Sudah puas menjadi surohan orang secara tidak lansung.
Masa tua inilah menilai diri pada perkara yang telah di lalui dan akan dilalui.

Si Buta tidak akan hilang tongkatnya untuk kali ke dua.

Hidup amat perlu berwaspada pada diri dan keadaan.