Ahad, 22 Februari 2015

Berehat di IOI Cty Mall Putra Jaya.

Orang ramai,
Sesak
Tidak selasa.

Pergi kedai buku Borders, seronok jumpa buku yg memang di cari2.

Beli pen dan buku note sekali.
Hidup mesti di biasakan dengan menulis.

Sementara menunggu asar di tingkat atas, aku menulis catitan ini.

Lama tak beli buku tentang sejarah. perihal sesuatu pertubuhan - Hari ini aku beli kerana pengarangnya Dr Maszlee Malik yang baru aku mengenalinya melalui facebook.

Aku baca tulisannya dan gambar2nya serta kritikan sosialnya tentang masyarakat dan politik dalam dan luar negeri.

Pada tahun baru Cina yg sedang berlansung ini dia telah menunjukkan gambar dia dan emak saudara, sepupu dan anak2 saudaranya yang masih Cina. Pandangan nya yang positif dalam  masyarakat berbagai agama di Malaysia.

Dia pensyarah di UIA selalu menjadi tetamu di Wacana Sinar- youtube. Aku suka aliran fikiran dan cara dia meluahkan buah fikiran.

Aku tidak boleh boros dalam perbelanjaandi luar jangka ini, terutama apabila berada di shopping komplek. Aku cukup berhati-hati dalam urusan kewangan perbelanjaan. Tetapi masih terlibat apabila melihat buku yang sememangnya telah lama aku idam2 kan.

Tekak terasa haus dan kering kerana berada lama di dalam kawasan pendingin uadara. Tadi aku memakan ubat selsema kerana hidung di serang oleh alahan di hidung.Penyakit ini selalu menyerang aku.

Tekak aku betul-betul terasa haus dan dahaga . Aku perlu mencari air minuman dahulu sebelum sembahyang asar. sedangkan waktu solat asar telah masuk.masih memerhatikan  kalau ada mesin kios air kotak.atau pun gerai kecil yang menjual air minuman.Menjadi masalah tekak haus ini. Sukar nak cari air.

Selesai solat asar di surau yang boleh memuatkan lebih kurang 30org. Anak muda hampir memenuhi ruang solat di surat itu. termasuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Aku kagum orang Islam ramai yg kembali kepada cara agama yang betul. Cara solat nya juga lebih kemas dan teratur apabila masbuk dan buat shaf baru yang di lakukan oleh belia lingkungan 20an. Ini jauh lebih baik jika di bandingkan remaja di tahun2 1980 dan 1990an.

Aku duduk di suatu sudut yang kurang orang berada disitu utk menenang fikiran.

Aku lupa nak sambung cerita tentang haus tadi. Sebanar nya dalam perjalanan ke surau akau terjumpa sebuah kedai komputer yg  menjual air meniral botol  kecil. berharga rm1/=. Dengan jelojoh nya aku minum.

Cukup hanya setakat ini aku menulis tentang perjalanan singkat di IOI City Mall, Putra Jaya.

Terasa ria dan berbahagia dalam hidup ini. Segala keresahan dan kegusaran terlupa seketika menonton teeater percuma dengan lakunan manusia dan nafsu ku sendiri.

21/2/2015 (Sabtu/Putara Jaya)




p/s banyak yang aku idamkan tetapi tidak dapat di miliki kerana wang tidak cukup. sabarkan diri sendiri mengalah dgn dunia, carilah kepentingan akhirat dulu. Aku memujuk diri ku sendiri.

Tiada ulasan: