Rabu, 23 Disember 2015

ulat rerama.



aku cuba dekati balik semula blog aku. aku suka pertanian dan di rumah aku sekarang aku ada ruang utk bertani semula di dalam kebun. aku amat terkesima dgn keadaan in.

aku berusaha dgn sedaya upaya utk lebih berusaha agar cita2 ku utk mengeluarkan hasil pertani terlaksana.

walau pun musuh tetap ade. aku akan terus berusaha.


aku cuba berusaha utk yang terbaik.

Jumaat, 14 Ogos 2015

melihat dunia

Dalam kehidupan ini aku mencari nilai dan erti kesejahteraan dan kenikmatan dalam hidup.

biasa saja walau pun ada yg tidak kena pada tingkah laku dan perangi aku sendiri.

Sabtu, 9 Mei 2015

55 tahun

1. Alhamdulillah. Segala puji-pujian kpd tuhan yg mencipta masa. Dan mengajar manusia menghitung waktu yg di lalui oleh segala makhlok pada tanggal detik saat jam hari minggu bulan dan tahun.
2. Allah mengajar manusia pada peredaran bulan dan matahari. Dan terfikirlah manusia dari dua pergerakkan ini. Maka lahirlah dua kelendar yg popular pada zaman ini. Talkim Masehi dan talkim Hijiriah.
3. Oleh kerana kita memodern kan ilmu kita dari penjajah British dan British telah memencilkan ulama Islam melalui sejarah perang salib. Maka kita redha menghitung waktu kita dgn kelendar lahirnya Jesus. Dan kurang mengambil tahu akan Penghijrahan Muhammad dari Mekah ke Madinah.
4. Oleh itu saya juga mengira umor saya dgn kelander Masehi. Maka hari ini genaplah 55 tahun telah lahir ke muka bumi ini. Ramailah rakan taulan, sahabat andai dan saudara mara mengutus ucap selamat.
5. Saya amat terharu apa yg dilakukan oleh mereka. Kata yg meransang utk membina akaliah dan lahirah. Doa yg lunak di hadapkan kepada Allah utk saya. Hiba dan sebak rasa diri ini.
6. Semoga Allah dapat membalasnya apa yg diperlakukan oleh mereka. Dan memberi semangat dan galakkan utk saya menempuhi saki baki umur ini. TERIMA KASIH. ASSALAM MUALAIKUM.

Rabu, 4 Mac 2015

RESULT SPM

"Hidup sederhana"
"Kuat dalam keimanan"
"Keampunan Atas kesilapan"

Ini yang selalu aku harapkan dalam kehidupan ini. Ada masa nya ternampak bagaikan bayang-bayang dari beberapa unsur yang selari pada kehidupan yang kita ingin ni.

Aku tidak berani mengatakan benarnya kenyataan hidup ini. Hanya mampu mengukir senyum sendirian kerana hati ini bagaikan di usik keriangan kesesuaian apa yang kita harapkan.

Walau bagaimana pun semarak hati ini menyebabkan aku tulis juga dalam blog sesawang yang hampir basi tentang kegembiraan ini. Merasa gembira dengan keputusan SPM anak bungsuku. Aku ceritakan keputusan ini kepada sepupu dan akak aku. Mereka menerima dengan keadaan positif.

Sememang nya keputusannya bukan yang terbaik tetapi ia bukan yang terburok jika di bandingkan dengan orang awan yang lain. Ini lah keputusan bagi orang yang sederhana sahaja.

Anak aku hanya belajar alah kadarnya. Maka ini hasilnya. "Tuhan yang maha adil dalam pemberiannya". Aku cuba juga memberi semangat untuk meningkatkan kejayaannya. Berbagai ikhtiar telah dilakukan oleh ibunya. Hanya itu sahaja yang ia dapat.

Masih lagi berharap kepada keluarga aku agar dapat merobos cabaran-cabaran yang bakal di tempuhi dalam hidup ini.Ikhtiar dan usaha adalah jalan untuk menempah jalan yang selamat dan lurus ini.




Ahad, 22 Februari 2015

Berehat di IOI Cty Mall Putra Jaya.

Orang ramai,
Sesak
Tidak selasa.

Pergi kedai buku Borders, seronok jumpa buku yg memang di cari2.

Beli pen dan buku note sekali.
Hidup mesti di biasakan dengan menulis.

Sementara menunggu asar di tingkat atas, aku menulis catitan ini.

Lama tak beli buku tentang sejarah. perihal sesuatu pertubuhan - Hari ini aku beli kerana pengarangnya Dr Maszlee Malik yang baru aku mengenalinya melalui facebook.

Aku baca tulisannya dan gambar2nya serta kritikan sosialnya tentang masyarakat dan politik dalam dan luar negeri.

Pada tahun baru Cina yg sedang berlansung ini dia telah menunjukkan gambar dia dan emak saudara, sepupu dan anak2 saudaranya yang masih Cina. Pandangan nya yang positif dalam  masyarakat berbagai agama di Malaysia.

Dia pensyarah di UIA selalu menjadi tetamu di Wacana Sinar- youtube. Aku suka aliran fikiran dan cara dia meluahkan buah fikiran.

Aku tidak boleh boros dalam perbelanjaandi luar jangka ini, terutama apabila berada di shopping komplek. Aku cukup berhati-hati dalam urusan kewangan perbelanjaan. Tetapi masih terlibat apabila melihat buku yang sememangnya telah lama aku idam2 kan.

Tekak terasa haus dan kering kerana berada lama di dalam kawasan pendingin uadara. Tadi aku memakan ubat selsema kerana hidung di serang oleh alahan di hidung.Penyakit ini selalu menyerang aku.

Tekak aku betul-betul terasa haus dan dahaga . Aku perlu mencari air minuman dahulu sebelum sembahyang asar. sedangkan waktu solat asar telah masuk.masih memerhatikan  kalau ada mesin kios air kotak.atau pun gerai kecil yang menjual air minuman.Menjadi masalah tekak haus ini. Sukar nak cari air.

Selesai solat asar di surau yang boleh memuatkan lebih kurang 30org. Anak muda hampir memenuhi ruang solat di surat itu. termasuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Aku kagum orang Islam ramai yg kembali kepada cara agama yang betul. Cara solat nya juga lebih kemas dan teratur apabila masbuk dan buat shaf baru yang di lakukan oleh belia lingkungan 20an. Ini jauh lebih baik jika di bandingkan remaja di tahun2 1980 dan 1990an.

Aku duduk di suatu sudut yang kurang orang berada disitu utk menenang fikiran.

Aku lupa nak sambung cerita tentang haus tadi. Sebanar nya dalam perjalanan ke surau akau terjumpa sebuah kedai komputer yg  menjual air meniral botol  kecil. berharga rm1/=. Dengan jelojoh nya aku minum.

Cukup hanya setakat ini aku menulis tentang perjalanan singkat di IOI City Mall, Putra Jaya.

Terasa ria dan berbahagia dalam hidup ini. Segala keresahan dan kegusaran terlupa seketika menonton teeater percuma dengan lakunan manusia dan nafsu ku sendiri.

21/2/2015 (Sabtu/Putara Jaya)




p/s banyak yang aku idamkan tetapi tidak dapat di miliki kerana wang tidak cukup. sabarkan diri sendiri mengalah dgn dunia, carilah kepentingan akhirat dulu. Aku memujuk diri ku sendiri.

Ahad, 15 Februari 2015

MENAJAK RUMPUT

Hari ini dan semalam (14.2.2015&15.2.2015) di waktu awal pagi memulakan usaha utk menerang kan pangkal pokok sawit yg di tumbuhi oleh rumput-rumput liar. 

Kerja ini agak berat dan menyebabkan cepat penat. Oleh itu mencuba melakukankan nya dengan perlahan dan berhemah utk mengelakkan dari cepat penat dan bosan.
Syukur Alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik. 

Dapat juga menbersihkan beberapa kawasan yg lapang yang masih belum di tanam semula dgn pokok-pokok.
Dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi. Masa aku di habiskan utk membuat kerja ini.
Kebiasaan nya aku membunoh rumput2 ini dgn cara meracun menggunakan racun rumpai. Bukan semua rumput yg mati walaupun ini boleh mati menggunakan racun yg kuat tetapi tidak sesuai dengan pokok sawit aku. Dengan ini cara yg mudah adalah dgn cara menajaknya.


KELADI MENRAYAP

TAK TAHU NAMA

SEDUDOK


PAKU PAKIS
SEDUDOK

Selasa, 10 Februari 2015

TINDAKKAN DUNIA.

Semua kejadian dan yang terjadi adalah dgn izin Allah.

Ahad, 8 Februari 2015

TANAM SEMULA POKOK SAWIT.

Semalam dan hari ini. aku telah menanam 10 pokok sawit. semoga projek aku ini berjaya.












Sabtu, 31 Januari 2015

DIRI DLM MENEMPUH KEHIDUPAN

   Cubaan dan cubaan. Walau banyak yg gagal. Aku akan terus berusaha.