Ahad, 20 Januari 2013

Kesian bangsa ku.


Aku berada di kedai buku mph sacc. Aku leka di sana. Jarang dapat peluang berada di kedai buku. Terlalu banyak tajuk bahan bacaan yang di cetak sekarang.
Aku tidak sempat menilai semua buku2 dari segi mutu nye. Tetapi pada mata kasar buku2 itu nampak menarik dan mengoda hati ku utk membaca nye.
Tajuk2 nye juga tidak lah bercorak tradisional tetapi banyak mempengaruhi manusia yang melihat nye dan mungkin juga utk membacanya.
Rak buku agama mendapat kawasan yang lebih. Mungkin ini di pengaruhi oleh pasaran buku itu lebih dari pasaran buku novel dan pengtahuan am yang lain. Aku tetap membaca percuma kerana wang di saku tidak mengizinkan jual beli di lakukan.
Aku bahagia melihat perkembangan ilmu dan bahan utk mendapatkan ilmu agak mudah pada masa ini.
Perebutan ilmu juga agak mendapat saingan di antara manusia. Semoga orang yang berjaya sahaja akan dapat mengunakan akal nye menjadikan ilmu itu bermunafaat pada diri nya.
Aku bersendirian di sini semantara menunggu jamuan makan malam yang di sediakan oleh syarikat tempat aku bekerja.

Semasa aku membaca percuma di sini. Aku begitu berniat utk menulis. Walaupun apa yang aku tulis tidak semestinya dapat dicetak utk pasaran tetapi dapatlah di baca oleh org lain di blog atau pun face book.
Aku cuba mengutaikan ilmu dari seorang keseorang dari satu gennarasi kesatu generasi.
Supaya fitrah manusia itu berkembang tidak terhenti pada satu takut yang dangkal dalam sesuatu era masa yang lama.
Dan manusia itu dapat bebas berfikir tampa di konkong oleh sesuatu puak atau golongan shaja.
Nilai yang baik tidak perlu ditapis walau ia bersifat negetif semoga yang mungkar itu dapat di tentang oleh ilmu yang benar.
Puak yang berkuasa sekarang menyekat orang lain mengeluarkan idea nye secara mudah dan penyebaran yang meluas. Hanya dia sahaja yang menguasai massmedia umum yang di gunakan oleh masyarakat. Orang lain yang cuba menambah ilmu terpaksa memilih buku dan alat media lain di internet. Itu pun ada cuba2 utk menyekat nye.
Petunjuk akan benarkan keadaan.

Tiada ulasan: