Selasa, 1 Januari 2008

TAN CUN

Orang kampong dan kawan-kawan rapat yang sekampung memanggil aku “Tan cun”. Nama itu lah yang di kenali dalam kampong Telok ini. Ada yang tak tahu langsung nama sebenar aku yang di daftar kan oleh ayah ibu aku. Hanya kawan-kawan di luar kampung, kawan sekolah, dan kawan sekerja yang memanggil aku sebagai “Zul”.

Sememang nya jumlah yang ramai mengenali aku sebagai “Tan Cun”. Nama itu menjadi popular kerana aku redha dan menyahut nya apabila orang memanggil aku dengan Tan Cun. Tidak ramai yang mempunyai gelaran macam itu.

Adik beradik dan saudara rapat sebelah ayah aku pula memanggil nama yang sebenar yaini “Zul”. Anak dan cucu-cucu mereka pula memanggil aku “Ucu Zul”. Mereka itu hanya mengetahui aku sebagai “Zul” sahaja. Pernah juga aku menerima kad jemputan kawin yang menulis nama aku Zulkifly, Zul Ucu Endoh, Zul Uda Hamid dan berbagai-bagai nama yang mereka rasakan serasi untuk di tujukan kepada aku.

Aku tidak kisah walau apa pun yang di tulis nya untuk diri aku itu. Aku tidak komen apa-apa walau bagaimana sekali pun ia menulis nama aku. Perkara ini tidak menukar identiti diri aku, walaupun mungkin menunjukkan konsep yang kurang baik mengenal diri aku. Hanya surat-surat resmi menulis nama aku yang sebenar yaini “Zulbahri bin Hamid”.

Asal nama Tan Cun itu adalah dari gelaran pangkat dalam keluarga sebagai anak bungsu tetapi telah di pelat kan dari “Usu” kepada “Ucu”. Semua anak sedara aku memanggil “Ucu”.

Oleh kerana emak aku mempunyai dua orang adik beradik yang seemak seayah dan rumah kediaman kami sebelah menyebelah menjadikan kami terlalu rapat dalam dua keluarga ini. Maka anak bungsu Mak Ulong aku kekal sebagai “Ucu Lan” dan untuk mengelak kan dua ucu dalam dua keluarga besar maka aku telah di mimek kan dengan panggil lah “Pak Cun” oleh anak sedara sepupu dari keluarga Mak Ulong aku.

Ia lebih hebat lagi abang-abang dan kakak-kakak sepupu memanggil aku “Tan Cun” ia telah menukar kan Pak Cun itu keranausia mereka lebih tua dari aku tak kan nak panggil aku “Pak” dan ditukar menjadi “Tan” terutama Abang Anjang Yunus seorang anggota tentera yang jarang pulang bercuti ada kala lima atau enam bulan sekali baru balik ke kampong untuk menghilang kan kerinduan nya pada keluarga kami, ia telah menimang aku dengan “Tan Cun Tan”(siap dengan melody nya sekali). Aku lansung tidak ambil hati malah lebih suka dengan gelaran itu.

Menurut cerita orang tua di kampong aku, ada seorang Komender PKM {Parti Komunis Malaya 1948-60) untuk kawasan Jenjarom (Sg. Jarom) dan Telok Bunut bernama Tan Choon Tan.Itu yang menjadi seronok mereka mengait kan nama ketua komunis itu dengan diri aku.

Oleh itu sekampung telah memanggil aku telah memanggil aku sebagai “Tan Cun”. Begini lah kisah asal usul-Tan Cun, Pak Cun, Tan Cun Tan, Ucu, Zul dan akhir-akhir ini ada yang memanggil “Tok Cu”.

Tiada ulasan: