Sabtu, 4 Jun 2016

Lukisan Perjalanan.

Berdiri sebagai manusia yang masih boleh berfungsi walau pun kebodohan dan kekurangan tidak di sedari secara semula jadi.

Aku takut tidak berjaya. Aku berhati-hati dalam gerak kerja. Masih belajar lagi utk terus tahu apa nilai kehidupan ini.

Tapi ada manusia yang sombong menilai dengan akal yg tidak cukup waras. Hinggakan mengganggap dia lah yang baik dan serba mampu utk bertindak dan menghukum diri sendiri tanpa rasa syukur dan tidak menghurmati akal orang lain.

Aku lihat ini semua.  Aku tetap belajar dari gerak laku mereka. Aku beritahu tuhan ku dalam sepi ku berseorangan. Aku mahu yang baik di kaca mata Allah. Bukan sombong yang kamu gambarkan dalam cerita-cerita dari kitab mu yang suci telah kau pesan pada Muhammad saw.

Aku sering lupa, apa yang aku tahu. Dan aku lakukan sesuatu yang tidak baik dan di murkai oleh Allah. Sehingga fizikal ku terbinasa oleh perbuatan ku sendiri. Sudah di gambarkan kan oleh Allah. Masih juga ingkar dalam dunia separa sedar. Ampun kan aku Allah.

 Cukup sekadar ini aku memberi tahu diri ku sendiri.
Mungkin ada manusia lain yang mahu mengajar dan belajar dari pengelaman ku.

Berhati-hati lah dalam setiap langkah. Mungkin banyak yang sumbang

GERAK KAN HATI DAN FIZIKAL MU. DAN MINTA DENGAN TUHAN YANG AGUNG