Sabtu, 9 Mei 2015

55 tahun

1. Alhamdulillah. Segala puji-pujian kpd tuhan yg mencipta masa. Dan mengajar manusia menghitung waktu yg di lalui oleh segala makhlok pada tanggal detik saat jam hari minggu bulan dan tahun.
2. Allah mengajar manusia pada peredaran bulan dan matahari. Dan terfikirlah manusia dari dua pergerakkan ini. Maka lahirlah dua kelendar yg popular pada zaman ini. Talkim Masehi dan talkim Hijiriah.
3. Oleh kerana kita memodern kan ilmu kita dari penjajah British dan British telah memencilkan ulama Islam melalui sejarah perang salib. Maka kita redha menghitung waktu kita dgn kelendar lahirnya Jesus. Dan kurang mengambil tahu akan Penghijrahan Muhammad dari Mekah ke Madinah.
4. Oleh itu saya juga mengira umor saya dgn kelander Masehi. Maka hari ini genaplah 55 tahun telah lahir ke muka bumi ini. Ramailah rakan taulan, sahabat andai dan saudara mara mengutus ucap selamat.
5. Saya amat terharu apa yg dilakukan oleh mereka. Kata yg meransang utk membina akaliah dan lahirah. Doa yg lunak di hadapkan kepada Allah utk saya. Hiba dan sebak rasa diri ini.
6. Semoga Allah dapat membalasnya apa yg diperlakukan oleh mereka. Dan memberi semangat dan galakkan utk saya menempuhi saki baki umur ini. TERIMA KASIH. ASSALAM MUALAIKUM.