Rabu, 4 Mac 2015

RESULT SPM

"Hidup sederhana"
"Kuat dalam keimanan"
"Keampunan Atas kesilapan"

Ini yang selalu aku harapkan dalam kehidupan ini. Ada masa nya ternampak bagaikan bayang-bayang dari beberapa unsur yang selari pada kehidupan yang kita ingin ni.

Aku tidak berani mengatakan benarnya kenyataan hidup ini. Hanya mampu mengukir senyum sendirian kerana hati ini bagaikan di usik keriangan kesesuaian apa yang kita harapkan.

Walau bagaimana pun semarak hati ini menyebabkan aku tulis juga dalam blog sesawang yang hampir basi tentang kegembiraan ini. Merasa gembira dengan keputusan SPM anak bungsuku. Aku ceritakan keputusan ini kepada sepupu dan akak aku. Mereka menerima dengan keadaan positif.

Sememang nya keputusannya bukan yang terbaik tetapi ia bukan yang terburok jika di bandingkan dengan orang awan yang lain. Ini lah keputusan bagi orang yang sederhana sahaja.

Anak aku hanya belajar alah kadarnya. Maka ini hasilnya. "Tuhan yang maha adil dalam pemberiannya". Aku cuba juga memberi semangat untuk meningkatkan kejayaannya. Berbagai ikhtiar telah dilakukan oleh ibunya. Hanya itu sahaja yang ia dapat.

Masih lagi berharap kepada keluarga aku agar dapat merobos cabaran-cabaran yang bakal di tempuhi dalam hidup ini.Ikhtiar dan usaha adalah jalan untuk menempah jalan yang selamat dan lurus ini.