Isnin, 12 Mei 2014

MEMBAJA.

Membaja pokok sawit. Dua minggu lepas kebun belakang Nibong Dengkil. 4 bag utk 4 ekar. Hari ini membaja lagi 3 bag utk 1.5 ekar. Hanya pada




Allah sahaja aku berserah akan hasil nya.


Sabtu, 5 April 2014

MENYEMAI BENIH CILI PADI DAN MENANAM ANAK PISANG.

Aktiviti ni sudah lebih tiga minggu aku lakukan.Aku tidak sempat utk memasukkan dlm blog aku kerana sudah lupa pada blog aku sendiri. kini aku mengaktifkan blog aku sendiri.Begitu semangat utk mengupload segala aktivi yang aku lakukan.

Dua projek telah aku usahakan. Mungkin ini hanya projek kecil tetapi memerlukan ketabahan mental dan fizikal kerana berharap penuh kepada Allah yang menghidup dan
mematikan.

Kekuatan spiritual perlu ada kerana ia mempunyai musuh dan halangan yang sedia ada utk hidup subur dan mengeluarkan hasil.

Aku berdoa semoga ia hidup dan mengeluarkan hasil.

SERONOK MATA

Aku seronok menonton bila tanaman memutikkan hasil. Ada kepuasan pada mata dan perasaan. Dalam masa yang sama saya teringat tuhan Allah menolong hambanya. Dialah yang maha pengasih dan penyayang.

Terlalu agung dia. Jika kita minta dan sedikit berusaha pasti dia akan memakbulkan permintaan kita.

Dia juga menurunkan sedikit ujian dan di sini lagi agung dia kerana akal memainkan peranan yang penting. Semua nya dari Allah.

Jumaat, 4 April 2014

menanti

menanti kasih sayang. pisang tanduk. tunggu masak. tapi monyet mengacau.